Kepakaran Madana Interior Design & Renovation
Madana Interior Design & Renovation merupakan syarikat kontraktor berpengalaman 10 tahun yang mempunyai lesen sah di bawah Construction Industry Development Board Malaysia (CIDB), pakar dalam ubahsuai rumah, bina rumah, hiasan dalaman, almari pasang siap, kabinet dapur, wiring, plaster ceiling, tiling dan pelbagai lagi. Madana mempunyai kilang sendiri, justeru kos lebih rendah tanpa orang tengah, pembuatan lebih cepat dan dapat design 100% mengikut kemahuan pelanggan. Paling utama sekali, kami hanya menggunakan bahan berkualiti tinggi untuk ketahanan jangka panjang, malah kami berani memberi waranti baiki percuma kalau ada kerosakan dalam 6 bulan setelah projek siap.